Sunday, February 6, 2011





 

Auyin

Bukit Peranginan Auyin terletak 6km dari Pekan Durian Tunggal. Bukit Peranginan ini dibina khas untuk mempamerkan dan memperkenalkan adat-resam, budaya dan warisan senibina Cina

Selain daripada acara-acara dan program-program kebudayaan yang kaya dengan adat resam dan tradisi kaum cina, terdapat replika Tembok Besar Cina yang turut menjadi tarikan utama para pengunjung.
Bayaran masuk:                                           
Dewasa          : RM 8.00                                    
Kanak-kanak : RM 3.00                                    

Waktu Melawat
Dari Isnin Hingga Ahad





Add caption
 8.00 am hingga 8.00 pm

ismahzuliana ismail: bookmark(penanda buku)

ismahzuliana ismail: bookmark(penanda buku)

Friday, February 4, 2011

kolam air panas jasin,melaka

semalam aku pergi kolam air panas jasin....1st aku pergi situ....bayaran tuk 1st masuk RM6 dan next klu nak pergi situ lagi bawa balik tiket yg 1st pergi tu akan dapat diskaun RM1 makna nya hanya bayar RM5 jer.memang best tempat pun luas memang relax...sesape yang terase penat sangat or nak hilangkan stress ker tension ker boleh lah datang situ......bagi perempuan yang tak nak berkongsi dengan kaum adam ade ruang bilik yang di khaskan untuk perempuan jugak....memang best terasa nak pergi lagi...





kolam air panas jasin dibuka hingga lewat malam (12 tengah malam) dan weekend pulak di buka hingga jam 2 pagi......tempat ni memang besar dan luas...




Thursday, February 3, 2011

selamat tahun baru cina....

tadi aku pegi rumah member yang berbangsa cina kat bukit beruang,melaka....hehehhehe nak di jadikan criter ringkas aku dapat angpau...hahahahah...best jugak.....tapi aku memang tak der member cina ni pun boyfriend aku punyer member aku tumpang sekaki lah...yang datang kat situ pun 1 malaysia india,cina n melayu pun ade.......ni lah nama nya hidup perpaduan....

Tuesday, February 1, 2011

bookmark(penanda buku)

SEANDAINYA WAKTU DI PUTARKAN....

seandainya waktu boleh diputarkan semula...
akanku cipta keindahan dalam hidupku..
agar aku boleh menjadi insan yang berjaya
menjadi manusia yang punyai arah tuju...

seandainya waktu boleh diputarkan semula...
akanku junjung segala ilmu..
agar hidupku lebih bermakna..

seandainya waktu boleh diputarkan semula...
akanku perlihatkan segala bakatku..
agar apa yang ku lakukan tidak akan sia-sia..

seandainya waktu boleh diputarkan semula...
akanku sulam cintaku..
menjadi sehelai sutera wangi....